Saturday, January 1, 2011

Perpisahan..

Menaip dengan teknik kesedihan. aku tahu masih banyak yang perlu aku tempuhi untuk menemui bahagia. kesedihan ini seharusnya aku anggap sebagai dugaan. hidup mana yang tiada dugaan dan cabaran.

Hidup sememangnya penuh dengan warna-warni. cerah gelap telah ditentukan. bersama atau berpisah semua telah diatur. kita manusia hanya merancang, punya kuasa yang maha hebat ialah Sang Pencipta. segalanya telah diaudit di luh mahfuz.

Dalam usaha mencari haluan hidup ini, apa saja bisa terjadi tanpa diduga. bersabar.. besar sungguh makna perkataan ini. biar terpisah dengan jarak. biar terpisah dengan apa jua. aku tetap yakin akan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. pasti ada hikmah di sebalik segalanya..]

okeh.. cukup! usah bersedih melampau-lampau.

Kepada anda yang masih dirundung kesedihan, bersabarlah.. segala yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat berkat kesabaran yang tinggi.. senyum selalu =) [aku pun cam berat je nak senyum ni. hahaha..]

"Usah tangisi perpisahan kerana bersamanya jutaan hikmah yang engkau belum ketahui"

Pantun Perpisahan

Bila sekali kita gagal
teruskan usaha untuk kemenangan
jangan diucap selamat tinggal
kerana ia satu keperitan

Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi satu memori

Teresak-esak menahan kesakitan
ambil panadol untuk hilangkan
Walau perpisahan satu keperitan
mudah-mudahan dapat memantangkan

Bertemu berpisah lumrah alam
menjadi memori kenangan silam
janganlah diri merasa kelam
kerana perpisahan hidupmu suram

Menangis hiba dalam kesayuan
mengenang nasib terbuang di perantauan
andai ditakdirkan berakhirnya pertemuaan
redhalah menerima kerana itulah suratan

Jalan berlenggang sigadis sunti
berbaju kebaya cantik dan seksi
patah tumbuh hilang berganti
cari yg lain janganlah sangsi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails