Thursday, June 24, 2010

Sakit kepala



Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.

Migrain, sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.


PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA


Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.


Pengambilan ubat-ubatan

Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.

Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.

Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.

Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.


PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SERANGAN SAKIT KEPALA


*Berehat seketika dengan berbaring.


*Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam


*Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.


*Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.


*Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.

*Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.


*Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.

Sunday, June 13, 2010

Menunding jari....

Dalam hidup ni, setiap apa yang ingin kita lakukan, kita perlu memikirkan sebab dan akibat daripada perbuatan kita. bila kita dah lakukan, takda gunanya kita mula fikirkan kembali kerana ia sudah terlewat. Namun begitu, jika perbuatan tersebut menyebabkan kebahagian dan kesenangan ia tidak mengapa dan kadangkala ia disebut “tuah”. jika perbuatan tersebut mengundang kecelakaan, keburukan atau kesengsaraan ia disebut bala dan pada masa itu kita akan mula memikirkanya.

bila berlalunya masalah tersebut.. ditiup angin jauh meninggalkan fikiran kita, kita akan mula lupa dan alpa sehinggalah perkara tersebut berulang lagi.

kenapa ia sering berlaku? kerana kita manusia, tak lari daripada kesilapan…. namun begitu, manusia perlu belajar daripada kesilapan. 5 jari, jika satu jari menunding kepada orang lain. 4 jari lagi menunding kearah kita. muhasabah diri terlebih dahulu sebelum sebarang perilaku kita menyebabkan ia bertambah parah, langsung tak dapat dibendung.

walaupun begitu, berserah kepada yang maha esa, semoga setiap hari kita akan menjadi lebih baik daripada hari yang sebelum. Allah sahaja yang maha mengetahui dan maha adil.

Saturday, June 12, 2010

Musim Demam

Alahai dah dua minggu berturut-turut tak sihat ni.Musim sekarang panas.Susah hatilah jugak.yelah kejer kan kalu tak kerja tak lah rasa susah hati sangat.Almaklumlah mulut org ni susah nak ditutup,kalau mulut tempayan tu tak lah susah.Agak-agaknya lah kan entah apalah plok org kata ni..dahlah sorang-sorang tu mulut mengalahkan ular sawa bisanya.biasalah kan orang yang sentiasa anggap dirinya sempurna memang mcm tu...apa-apa pon aku tahu apa yg aku buat ni bukan sajer-sajer tapi semuanya bersebab.
Lantaklah org nak kata apa pon,yang penting aku happy..hehehe
layan gambar batrisya lagi best..huhuhuuu





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails