Sunday, December 13, 2009

Sweet Wannur & Comel Bergaya Giveaway



Salam semua...

alhamdulillah, wannur dengan berbesar hati mengadakan giveaway utk kali ke-2 bersempena dengan 3rd anniversary perkahwinan wannur & suami (30 Nov),
dan juga bersempena pembukaan kedai baru wannur iaitu COMEL BERGAYA!!

KATEGORI PENYERTAAN:

Kategori A --> sesiapa yang ada blog (bloggers);

1. jadi follower SWEETWANNURSHOPPE dan COMEL BERGAYA!!
2. link kan kedua-dua blog ini di blog list anda
3. buat entry ttg giveaway ini
4. tinggalkan comment di sini beserta link anda

Kategori B --> bagi sesiapa yang tiada blog;

1. jadi follower SWEETWANNURSHOPPE dan COMEL BERGAYA!!
2. emailkan ttg giveaway ini kpd 5 orang dan di CC kpd sweetwannurshoppe@gmail.com
3. tinggalkan comment di sini beserta email anda

HADIAHNYA:

2 cabutan hadiah untuk kategori A
&
2 cabutan hadiah untuk kategori B

*hadiahnya terdiri drpd barangan dr sweetwannurshoppe beserta hadiah misteri sumbangan comel bergaya!!

CLOSE DATE:
20 DECEMBER 2009 (at 12.00 noon)

Tuesday, November 17, 2009

Genap 2 Tahun..









Selamat hari lahir ke- 2 sayang.Semoga permata ibu ini menjadi seorang anak yang solehah dan seorang yang dihormati.

Saturday, November 7, 2009

B*E*N*G*A*N*G dan G*E*R*A*M




Sakit nyer hati aku ni.....BENGGANG + GERAM + BENCI semua ada dlm kepala otak ni...
tapi tak per masih dpt dikawal lagi ni..sebab dah diluahkan pada sesorang....
Sebenarnya tak bagus kan simpan perasaan ni dalam diri, takot makan diri sendiri.nak buat mcm mana kan..sifat manusia ni tak ader yg sempurna..hehehehee..

Monday, October 26, 2009

25 Sifat Wanita 'Perangkap' Lelaki



Terdapat pelbagai petua untuk menambat hati insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi.

Di sini diperturunkan 25 sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka.

Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya.

1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

7 Alasan Si Tampan Masih Single



Kalau diperhatikan daripada segi penampilan dan paras wajah, pasti semua wanita menyangka si dia sudah berpunya. Tetapi jangan mudah terpedaya kerana pada zaman ini terdapat ramai lelaki yang boleh dikategorikan sebagai kacak bergaya tetapi masih single.

Ramai wanita yang tertanya-tanya mengapa golongan sebegini selesa menjalani kehidupan solo tanpa seorang insan bernama kekasih di sisi. Mungkinkah mereka ini lelaki normal atau sebaliknya?

Untuk melunaskan segala pertanyaan tersebut, kini didedahkan tujuh alasan mengapa lelaki kacak masih single walaupun kehidupan yang mereka lalui serba sempurna.

1. Jual mahal
Selalunya lelaki kacak agak jual mahal berbanding lelaki yang 'biasa-biasa' sahaja. Walaupun kadang kala di dalam hati mereka menyukai akan seseorang wanita itu, namun kerana perasaan jual mahal yang terlalu menebal, mereka terpaksa melepaskannya.

Keegoan mereka yang agak tinggi menyebabkan mereka sentiasa berfikir bahawa diri mereka digilai oleh ramai wanita. Oleh itu mereka menunggu wanita terbaik mendekati mereka. Sebaliknya wanita yang 'biasa-biasa' sahaja, bukan menjadi pilihan mereka.

2. Persepsi sukar didekati
Wanita selalu berfikir bahawa lelaki yang kacak sukar untuk didekati. Apatah lagi untuk dijadikan pasangan. Kononnya lelaki sebegini mempunyai ramai peminat dan pasti tidak akan memandang wanita seperti mereka.

Namun hakikat yang sebenarnya, mereka juga sama seperti lelaki lain yang suka bersosial dan didekati oleh golongan wanita. Apabila wanita berfikiran sebegitu, maka semakin tinggilah risiko untuk lelaki kacak terus single sampai ke tua.

3. ‘Maintenance’ tinggi
Ramai juga yang menganggap lelaki kacak selalunya memerlukan ‘maintenance’ tinggi setiap bulan. Maklumlah semuanya perlu diijaga rapi termasuklah pakaian berjenama, minyak wangi, kasut dan jam tangan. Apatah lagi produk lelaki semuanya mahal-mahal belaka hingga boleh mencecah sehingga ribuan ringit.

Oleh kerana itu, wanita sederhana jarang mahu memilih lelaki sebegini untuk dijadikan pasangan kerana mereka berasakan tidak berkemampuan untuk bergerak seiring. Namun mereka tidak sedar, tanggapan itu adakalanya tidak benar kerana ramai lelaki kacak yang sukakan sesuatu yang natural, ringkas, asli dan selesa. Oleh itu, ubah persepsi anda supaya tidak ramai lelaki kacak yang terus hidup solo.

4. Serik dikecewakan
Ada juga lelaki tampan yang memilih kehidupan solo kerana serik dengan pengalaman pahit yang mereka pernah lalui sebelum ini. Pengalaman dikecewakan oleh wanita menyebabkan mereka menjadi terlalu pemilih.

Walaupun banyak wanita yang menagih cinta mereka, namun dia sentiasa mengambil sikap berhati-hati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Baginya dia tidak perlu mempersiakan hidupnya hanya kerana seorang wanita. Hanya wanita yang bijak mengambil hati dan tahu menghargai dirinya mampu melembutkan jiwa lelaki kacak yang semakin keras untuk menikmati cinta.

5. Terlalu memilih
Lelaki kacak selalunya hanya akan memilih wanita yang cantik untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup. Sikap terlalu pemilih yang diamalkan oleh golongan lelaki sebegini menyebabkan wanita bosan berdampingan dengan mereka. Akibatnya dia terpaksa menjalani kehidupan sendirian kerana merasakan belum menemui wanita yang benar-benar sempurna di matanya.

6. Terlalu banyak pilihan
Selain terlalu memilih, terlalu banyak pilihan di depan mata juga menyebabkan lelaki kacak sukar untuk membuat pilihan. Setiap wanita yang ada di hadapannya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Namun dia hanya boleh memilih satu daripada sekian banyak pilihan yang ada.

Untuk mengelakkan ada pihak yang berkecil hati, akhirnya lelaki kacak terpaksa menolak kesemua wanita yang hadir dalam hidupnya. Akibatnya, jadilah dia lelaki kacak yang terus single hingga ke hari ini.

7. Berkerjaya
Terlalu sibuk dengan kerjaya adakalanya membuatkan lelaki kacak terlupa untuk mencari cinta. Ini kerana lelaki tampan selalu merasakan mereka mampu untuk mendapatkan cinta pada bila-bila masa.

Oleh kerana itulah, cinta selalu menjadi nombor dua dalam hidup mereka. Namun mereka tidak sedar, usia yang semakin meningkat menyebabkan mereka sukar untuk mencari teman wanita. Apabila merasakan sudah terlewat untuk mereka mencari pasangan hidup, akhirnya mereka memilih untuk hidp bersendirian sehingga ke akhir usia.

5 Sifat Wanita Paling Dibenci Lelaki



Memang diakui manusia tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Namun ketidaksempurnaan itu boleh dikurangkan jika anda bijak untuk mengawalnya. Apa yang penting, jangan jadikan segala ketidaksempurnaan dan kelemahan yang ada di dalam diri anda, sebagai punca perbalahan dengan pasangan.

Sebagai wanita, anda perlu bijak menarik perhatian si dia dan jangan sekali-kali menunjukkan sikap buruk anda di hadapannya. Tidak kisahlah jika anda dilabel hipokrit oleh teman-teman lain asalkan anda terus mendapat tempat di hati si dia. Ini kerana kebanyakan lelaki apabila ditanya apa yang membuatkan mereka tidak selesa dengan wanita, jawapannya adalah sifat buruk yang hampir dimiliki oleh semua wanita.

Berikut adalah antara sifat buruk wanita yang menjadi kebencian lelaki. Andainya ada di antara anda yang memiliki sifat-sifat yang disenaraikan ini, segeralah berubah sekiranya anda tidak mahu kehilangan insan tersayang.

1. Tidak Puas
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Malah mereka sanggup merayu-rayu sehingga kehilangan harga diri asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa sahaja pemberian.

2. Mata Duitan
Sangat menipu jika wanita sedikitpun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan.

Wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan, kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Ini kerana tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendaknya.

3. Suka Mengatur
Tidak dinafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan Prince Charming di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan.

Mereka tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Ini kerana lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.

4. Cemburu Buta
Ada orang berpendapat cemburu tandanya sayang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong serta tidak dipercayai.

Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh.

Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.

5. Emosional
Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik.

Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu.

Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka.

10 Sebab Lelaki Mahu Bergelar Suami




Kita seringkali mendengar kenyataan bahawa lelaki tidak sukakan komitmen yang terlalu serius dalam sesuatu hubungan. Apatah lagi jika hubungan yang terjalin masih terlalu baru dan usia mereka juga masih muda.

Namun ada beberapa sebab mengapa tiba-tiba lelaki yang sebelum ini selesa bergelar solo mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

Memang ramai kawan-kawan yang terkejut dengan keputusan yang diambilnya, tetapi dia seolah-olah nekad dan tidak mahu berundur ke belakang lagi. Ketahui 10 sebab mengapa golongan lelaki mengambil keputusan begitu.

1. Melengkapi hidup
Hidup tidak akan lengkap selagi tidak ada insan istimewa di sisi. Jadi apabila sudah menemui seorang wanita yang dirasakan cukup serasi, lebih baik dia mengikatnya dengan tali perkahwinan. Bak kata orang, biarpun telah punya kerja dan harta yang melimpah ruah, namun jika tiada seorang isteri, kehidupan tetap akan terasa kurang serinya.

2. Ingin diurus
Ini satu lagi sebab mengapa lelaki mahu beristeri. Mereka mahu seseorang menguruskan mereka. Jika semasa kecil ibu yang banyak menghabiskan masa melayan karenah mereka, kini sudah tiba masanya mereka mencari seorang isteri yang mampu memenuhi keperluan mereka. Mereka akan berasa bahagia jika ada orang yang menyiapkan makan minum dan pakaian mereka setiap hari.

3. Bosan
Bagi golongan lelaki yang telah mempunyai segala-galanya dalam hidup mereka, berkahwin merupakan cara terbaik untuk mereka menghilangkan kebosanan. Apabila sudah berkahwin, mereka akan mulakan kehidupan baru dan biasanya kehidupan berumahtangga lebih berwarna-warni jika dibandingkan dengan kehidupan bujang.

4. Amat mencintai
Alasan ini memang selalu digunakan oleh lelaki untuk berkahwin. Selalunya mereka yang menggunakan alasan sebegini memang sudah tidak boleh ditegah kerana kehidupan mereka hanya boleh diteruskan dengan insan yang dicintai di sisi. Lebih romantik dirasakan apabila si pasangan juga tidak mampu meneruskan hidup tanpa si lelaki bersama.

5. Sudah bersedia
Selalunya lelaki yang mahu berkahwin sudah bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menempuh ke alam baru. Sebenarnya bukan mudah untuk lelaki mengambil keputusan mendirikan rumahtangga, tapi apabila dia sudah menyatakan hasratnya, itu bermakna dia memang telah benar-benar bersedia.

Maklumlah zaman sekarang rasa cinta semata-mata tidak mampu menjanjikan kebahagiaan. Rasa cinta perlu dilengkapi juga dengan wang ringgit dan rumah yang selesa untuk didiami. Barulah keluarga bahagia dapat dibina.

6. Inginkan keturunan
Lelaki sangat sensitif apabila bercerita tentang keturunan. Jadi, satu-satunya cara untuk menunjukkan kejantanan mereka adalah dengan berkahwin. Malah ada juga yang beranggapan, mereka bukan lelaki sejati selagi tidak mempunyai anak.

7. Penat bercinta
Lelaki yang pernah mengalami putus cinta selalu menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk mereka berkahwin. Selain tidak mahu berasa kecewa sekali lagi, mereka juga berfikir bercinta hanya menghabiskan duit dan membuang masa. Jadi lebih baik berkahwin kerana selain dapat mengeratkan hubungan yang terjalin, masa dan wang ringgit juga dapat dijimatkan.

8. Desakan keluarga
Alasan sebegini selalunya diberikan oleh anak sulung lelaki. Walaupun mereka belum bersedia tetapi mereka terpaksa berkahwin atas desakan keluarga yang mahu melihat dia berumahtangga dan ada orang yang akan menguruskannya. Lebih parah jika kedua ibu bapa lelaki tersebut mempunyai penyakit kronik sehingga selalu keluar masuk ke hospital.

Lelaki sebegini biasanya lebih mementingkan keluarga berbanding kemahuan dirinya sendiri. Walaupun ramai yang ragu-ragu dengan kebahagiaan yang bakal dikecapi dengan perkahwinan sebegini, tetapi jika lelaki tersebut berkahwin dengan wanita yang bijak mengambil hatinya, sudah pasti hubungan yang terjalin akan kekal selamanya.

9. 'Biological clock'
Lelaki juga mempunyai 'biological clock' mereka sendiri. Cuma masanya berbeza dengan wanita kerana fokus utama mereka biasanya pekerjaan dan mengumpul harta sebanyak mungkin terlebih dahulu. Walaupun lelaki tidak ada hambatan biologikal seperti wanita yang sukar mendapatkan anak jika berumur lebih 30 tahun, namun lelaki yang sudah berumur tetap risau jika tidak berkahwin sedangkan umur semakin meningkat. Untuk mengatasi rasa bimbang tersebut, lelaki akan mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

10. Tiba masanya
Kepada wanita, jangan risau jika teman lelaki anda tidak mahu memberikan komitmen buat masa ini. Ini kerana apabila sudah tiba masanya dia pasti akan mencari anda dan menyatakan hasratnya untuk hidup bersama anda. Oleh itu, jangan terlalu memaksa kerana itu hanya akan membuatkan dia semakin bosan dengan anda.

Tuesday, October 20, 2009

Perbezaan lelaki ngan perempuan mase lunch time

Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi. banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet.. belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk. .
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air.. sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2.. tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!


Betul ker??
Fikir dan renung-renungkanlah.....hahahahah

Wednesday, October 14, 2009

Family Day Opisku....

Family Day tahun ni kat Mayang Sari Resort Dungun.


Sebahagian staff opis termasuk suami dan isteri masing-masing.

Saturday, October 10, 2009

Saya SaYAnG kamu....


mak pon nak join sama.hehhehe....

Hati-hati tentang Hati

sekali lagi,aku bercakap tentang hati..sebenarnya nak cakap tentang my beloved.....,tapi x apalah..mari kita cakap tentang hati dahulu.. hati-hati maksud dia macam berjaga-jaga lah kan..so hati-hati lah dengan hati..jaga-jagalah dengan hati..sebab di situ boleh terbit macam-macam perasaan..


cek juga hati orang sekeliling ataupun kenalan kamu

walaupun hati kita cuma satu..tapi ketahuilah banyak hati yang perlu dijaga sebenarnya...bila jauh dari keluarga,dan yang terdekat dan hampir dengan kita adalah rakan-rakan cuma..jadi hati-hati itu mestilah dijaga sepertimana kita mahu hati kita dijaga oleh orang lain.. bila kita rasa penat,ketahuilah orang lain pun penat juga.. bila kita rasa kita dah banyak sangat buat kerja,ketahuilah orang lain pun banyak buat kerja.. jadi,apa yang perlu disungutkan,dan apa yang perlu dibebelkan..



kita rasa hati kita tercalar,sakit,luka,berdarah,bernanah itu semua kerana kita terlalu memikirkan bahawa kita telah banyak melakukan kerja..berulang ke sana-sini..yang kita nampak hanya hati kita,yang kita rasa hati kita saja perlu dijaga..

pesanan kepada semua,hati-hatilah dengan hati di sekeliling anda..kerana ia sama saja dengan hati anda,pinta untuk dijaga..pinta untuk dimengerti..jangan terlalu memikirkan diri sendiri dan jangan selalu cuba untuk menyakitkan hati orang lain,bimbang hati sendiri yang terluka teruk nanti..

Wednesday, September 30, 2009

KEBESARAN ALLAH




Berlaku pada malam 30 september 2009 bersamaan 11 syawal 1430 Hijrah selepas waktu isyak.
Maha Suci Allah saja yg mengetahui segala apa yg tersirat maupun tersurat. Tak dapat kita bayangkan sebagai hambaNYA yg kerdil lagi hina nak mentafsir semua yg DIA tunjukkan. Sebaliknya kita wajib mengagungkan kebesaran dan keesaanNYA tanpa mempersoalkan sikit pun apa saja yg DIA jadikan.
ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKHBAR

Sunday, September 27, 2009

Hadiah dari tersayang..

Haahahaa dapat hadiah lagi..ye..ye..
Hadiah istimewa dari insan tersayang.Walaupun benda tu taklah mahal sangat tapi saya suka dan rasa sangat di hargai.Rasa sangat nak kongsi kegembiraan ni dengan kawan-kawan semua.Masa hadiah ulangtahun ke 2 dah dapat benda istimewa jugok.Tapi sayang hadiah yang ulangtahun 1 dah rosak.Gambar pon tak ada untuk kenangan.Kalau kawan-kawan semua nak tahu apa yg saya dapat masa ulangtahun 2 dan ke 3 tengoklah gambar kat bawah tu.heheheh....
sayang suami saya..muahhh..muahhh...muahhh


( ulangtahun 2 )

( ulangtahun ke 3 )

Selamat Hari Raya



Airmata Syawal


Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya


Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Wednesday, August 12, 2009

Influenza A(H1N1)

Semakin hari semakin teruk virus Influenza A (H1N1) atau orang Malaysia panggil virus ini sebagai selesema Babi walaupun virus ini terhasil dari manusia,burung dan babi.



Sebagai rujukan buat kita semua , Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan satu laman web khas mengenai virus Infuenza A (H1N1) sebagai gudang untuk anda mendapatkan maklumat mengenai virus ini.So sebagai orang yang mungkin dijangkiti sila dapatkan info di lama web ini , jangan biarkan laman web ini sekadar hiasan sahaja.

Sunday, July 12, 2009

You Are Not Alone
















Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

You are not alone
I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
You are not alone

All alone
Why, oh

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
So forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Then something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
And you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
You are not alone
I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone

Monday, July 6, 2009

Petua Mengasihi Suami



1.Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya.Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya.Lemparkan senyuman yang bermakna.Berdandanlah dengan sempurna ..selitkan jelingan-jelingan manja.

2.Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetian.Jangan lupa bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah.Uruskan perihal suami dari segi makanan dan pakaiannya.Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakarnya dan kedua perutnya.

3. Banyak membantu suami anda.Terutamanya apabila suami anda bermasalah.Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita.Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda.Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal mana yang anda kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda.Ia patut dilakukan setiap, walaupun setelah anda beranak cucu.Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain.Anda boleh memegang tangannya atas bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda.Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempurna perbuatannya,jauhilah dari berleter atau marah kepadanya.Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi.Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong.Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami mungkin merasa kurang senang, lagipon anak anda adalah anaknya yang disayanginya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sesekali mengatakan, busuk pengotor, selekeh atau kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata-kata demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur,sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yang boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun,ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja.Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks.
Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakanya, lakukanlah godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia cepat sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jangan biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaan sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata 'inginkan seseorang yang dapat membantu' jangan ia hanya ingin senang bersama, bila susah tak dihiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat dibaca apabila umurna 40 an.

17. Selalu memasak untuk suami terutama bagi wanita yang berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan lah, kepada yang tidak melakukan salah satu darinya, cuba baiki diri anda.Sesungguhnya yang paling penting, hormatilah suami anda, jangan sesekali di caci. Yang baik datangnya dari ALLAH s.w.t, yang buruk datangnya dari diri kita sendiri... ubahlah sebelum terlambat.

Dipetik dari :http://alhelmi.tripod.com/tips/utama.html

Saturday, June 20, 2009

SWEET-WANNUR GIVEAWAY


Assalamuailkum...

Terima kasih sweet wannur sebab bagi peluang join giveway ni.
Tak tahu nak pilih yang mana ni, semua cute mute...hehehhe.....
kalu boleh nak warna pink semua..
anak kak na suka warna pink...
kalau anak tak nak pakai ibunya boleh tumpang sekaki...
hahaha......

Tuesday, June 9, 2009

Tip: 50 Rangsangan Anak Bijak



Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda,buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU-SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna.
Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Semoga bermenfaat!

Thursday, May 21, 2009

khas untuk bakal ibu

Bakal ibu alahan lahir zuriat pintar

Kajian loya, muntah petanda IQ janin sihat
OTTAWA: Bakal ibu tidak sepatutnya bosan dengan alahan yang dialami pada awal kehamilan kerana kajian mendapati ia mungkin petunjuk mereka memiliki bayi dengan IQ tinggi. Penyelidik mendapati wanita yang melaporkan berasa sakit pada beberapa minggu pertama selepas disahkan hamil mendapat anak lebih bijak dan petah. Kira-kira empat dalam lima bakal ibu mengalami alahan. Ketika keadaan itu tidak difahami sepenuhnya, saintis percaya ia dicetuskan oleh kebanjiran hormon yang dilepaskan untuk melindungi uri dan janin. Kajian terdahulu menunjukkan loya adalah petanda kehamilan sihat dan dikaitkan dengan kurang risiko masalah jantung pada bayi dan risiko rendah keguguran. Penyelidik di Hospital bagi Kanak-Kanak Sakit di Toronto kini percaya ia juga boleh dikaitkan dengan perkembangan otak bayi. Mereka menjalankan kajian pertama untuk melihat kesan jangka panjang loya pada otak bayi dan menghubungi 121 wanita yang menghubungi hotline bagi ibu baru hamil antara tahun 1998 dan 2003.

Tiga puluh wanita tidak mempunyai masalah alahan, manakala selebihnya melaporkan gejala seperti keletihan, muntah dan loya.
Pasukan itu melakukan ujian IQ dan tingkah laku kepada ibu kanak-kanak berkenaan apabila mereka berusia tiga dan tujuh tahun. Kanak-kanak yang ibu mereka mengalami alahan berkemungkinan memperoleh markah IQ lebih tinggi berbanding mereka yang ibunya tidak menunjukkan sebarang gejala, kata penyelidik dalam Journal of Pediatrics.

Mereka juga mendapat keputusan lebih baik dalam ujian kepetahan berucap dan matematik mudah walaupun apabila faktor lain seperti IQ ibu, sejarah merokok dan alkohol serta latar belakang sosial diambil kira. Satu kekurangan dalam kajian ialah dalam banyak kes ibu diminta mengingati kembali betapa teruk mereka sakit beberapa tahun sebelumnya. Ia juga perlu diulang dalam kumpulan wanita lebih besar.Dr Gideon Koren, yang mengetuai kajian, mengaku rumusan berbunyi agak luar biasa tetapi berkata perubahan hormon yang membawa kepada alahan mungkin sesuatu yang baik.

Wednesday, May 20, 2009

Ayat-ayat cinta


Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Makna air mata insan


Pernahkah anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak airmata mengalir di dunia ini.Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah airmata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim, ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

* Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

* Menangis kerana rasa takut.

*Menangis kerana cinta.

*Menangis kerana gembira.

*Menangis kerana menghadapi penderitaan.

*Menangis kerana terlalu sedih.

*Menangis kerana terasa hina dan lemah.

*Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

*Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

*Menangis orang munafik ( pura-pura menangis )

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi airmata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya :"tidaklah mata sesorang menitiskan air mata kecuali ALLAH akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.
Dan apabila air matanya mengalir ke pipi makan wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati.Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka".

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-NYA sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

*Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.

*Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat israil datang mencabut nyawanya.

*Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah.Antaranya menangis tengok filem hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud :"Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu:

* Apabila dahinya berpeluh.

*Air matanya berlinang.

*Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah airmata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Hari IBU


Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

Saturday, May 2, 2009

Tahun Baby..




hmm..
seronok pula bila dengar pasal baby-baby ni.
rasa nak tambah baby lagi rasanya.
tapi....
tak sampai hati plok tengok batrisya kecik lagi..
biasalah kan....baby kan benda bersih dan suci sebab tu ramai yang suka baby ni.,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails