HIDUP
hidup ini bagaikan sebuah lilin,
yang menyala hanyalah seketika,
dah akan terpadam,
setelah tiba masanya,
hidup hanyalah sementara,
yang hanya akan bertahan seketika,
dan akan berakhir,
setelah tiba masanya,
jangan lalai didalam hidup,
kelak akan merana,
jangan cuai didalam hidup,
kelak akan menderita,
turutilah perintaNya,
moga akan di beri hidayah yang indah,
dan sinaran yang boleh merangi kegelapan,
agar dapat memilih jalan yang tepat
untuk menuju bahagia.
HANCUR HATI
sepi hatiku,
bila mengenang cinta lalu,
hancur hatiku,
bila melihat masa lalu,
airmataku tidak tertahan,
bila ku lihat kau bersama denganya,
musnah harapan musnah khayalan,
yang tinggal hanyalah sebuah kenangan,
aku sedar siapa diriku,
tak punyai apa-apa harta,
yang ada cuma kasih sayang ku,
kasih sayang yang tiada batasnya,
mengapakah kau berbuat sebegini,
melukakan hatiku yang sedia parah ini,
sanggupkah kau melihat ku begini,
hancur hati di kamar sepi,
RASA CINTA
berdebar hatiku,
bila memandang wajahmu,
sehingga fikiranku
tak menentu,
resah hatiku,
bila teringat dirimu,
sehingga fikiranku,
melayang ke awan biru,
mungkin inilah rasanya,
bila aku dilamun cinta,
sehingga perasaanku ini,
tak tertahan lagi,
aku ingin bersamanya,
untuk selama-lamanya
biar apa dugaan datang
kan ku terima,
aku ingin memilikinya,
untuk selama-lamanya,
biar ribut melanda,
ku tetap cinta padanya,
alangkah indahnya,
jika ku memilikinya,
kan ku belai manja,
selama-lamanya,
1 comment:
bro, kiteorang ni sebenarnya pencipta asal lirik lagu ni, cuma nak buat pembetulan sikit untuk hancur hati tu..
sepi hatiku,
bila mengenang cinta lalu,
hancur hatiku,
bila melihat masa lalu,
airmataku tidak tertahan,
bila ku lihat kau bersama denganya,
musnah harapan musnah khayalan,
yang tinggal hanyalah sebuah kenangan,
dan kini aku yang tersiksa,
kerana cinta yang engkau beri,
terhenti di tengah perjalan cinta
akhirnya aku yang mengalah..
ohh mengapa cinta sering datang dan pergi,
adakah kerana cintaku tak suci..
Post a Comment