Wednesday, July 2, 2008

Tips Penguat Cinta

Dalam melayari alam rumah tangga, pujian, bahasa tubuh dan belaian mesra merupakan antara keinginan yang didambakan isteri daripada pasangannya.

BERCINTA secara fitrahnya adalah pengalaman manis dan saat yang sentiasa dinanti-nantikan wanita daripada seorang lelaki.

Namun, sebelum tiba ke puncak kemanisan bercinta, terdapat beberapa perkara kecil yang diharapkan seorang wanita dan perlu diberi perhatian setiap pasangannya.

Walaupun belum lengkap mengenali erti percintaan dalam sebuah perkahwinan, tetapi wanita sememangnya menginginkan suatu tata cara kehidupan yang lebih romantik dengan dipenuhi belaian mesra seorang suami.

Terdapat beberapa keinginan yang didambakan wanita daripada suaminya, dalam melayari makna di sebalik sebuah ikatan percintaan. Untuk lelaki, semak beberapa perkara di bawah ini:

Pujian tulus tidak terduga Wanita mana yang tidak inginkan dirinya dipuji? Bukannya pujian seribu satu kata-kata tetapi, pujian kecil yang tidak terduga olehnya.

Jika itulah yang diucapkan si suami di saat isteri menantikannya , ia pasti membuatkan isteri tersenyum lebar. Sampaikan pujian dengan penuh kesungguhan, tatap matanya dan jika perlu, lemparkan bisikan halus di telinganya.

Hindarkan pemberian pujian tanpa memfokus kepada maksud yang ingin disampaikan. Contohnya, kamu memujinya sambil tangan sibuk melakukan sesuatu kerja. Ini membuatkan pasangan berasa kesal dengan sikap yang ditunjukkan.

Bangkitkan aroma tubuh Sentiasa memanjakan diri sebelum berdampingan dengan pasangan, mengambil berat tentang penjagaan diri seperti kuku, janggut, serta membangkitkan aroma segar dari tubuh kamu. Kesemua ini dijamin akan membuatkan pasangan berasa nyaman sewaktu bersama.

Ketika berada di rumah, kamu berasa tidak selesa untuk mengenakan pakaian menutup dada. Percayalah, ‘pakaian menutup aurat’ tidak sesekali disukai pasangan ketika berada di rumah.

Sebaliknya, kenakan celana pendek potongan seksi. Ini akan membangkitkan keintiman pasangan tatkala isteri memperlihatkan keseksian tubuh ketika bersama.

Sentuhan mesra Walaupun kamu berdua begitu penat setelah pulang dari kerja, tidak salah sekiranya kamu menyelitkan bukti cinta kamu selama ini.

Kamu boleh mencipta sesuatu yang menyenangkan untuknya. Setelah selesai mandi dan bersiap untuk tidur, ambil minyak zaitun atau losen badan dan sapu di lehernya serta urut perlahan-lahan.

Biarkan pasangan kamu menikmati setiap sensasi yang tercipta daripada sentuhan jemarimu ini. Sentuhan erotik di tempat tidur ini sememangnya diinginkan setiap wanita. Tetapi, tidak hanya pada itu, wanita juga mendambakan belaian kasih sayang. Belailah rambutnya di saat dia berada di sisi kamu, atau pegang tangannya ketika dia menuruni anak tangga. Hal-hal seperti ini begitu dinanti-nantikan wanita.

Panggilan ’sayang’ Masih ingatkah lagi panggilan ’sayang’ di saat kamu bercinta dengannya dahulu? Sekiranya ingat, cubalah mengulangi panggilan cinta itu semula.

Jika ternyata kamu tidak pernah memulakan panggilan ’sayang’ untuknya, tiada masalah untuk kamu menciptanya sekarang. Wanita akan merasa dirinya lebih istimewa di saat dia menyedari bahawa kamu adalah insan pertama di dunia ini memanggilnya dengan sebutan sayang. Ia sekali gus mengingatkannya semula keistimewaan diri kamu berbanding orang lain.

Sikap romantis Apa yang diinginkan seorang isteri adalah sikap romantik dan telus daripada suami. Ia tidak perlu dipamerkan setiap masa malah boleh dilakukan setiap kali anda menginginkan belaian mesra daripadanya.

Selain di rumah, kamu boleh mencipta suasana romantik sewaktu menjemputnya di tempat kerja dengan memberinya setangkai mawar kecil.

Wanita akan merasakan dirinya disanjungi dan dihormati. Malah, siapkan sarapan untuknya dan bawa ke kamar tidur. Bangunkan dia dengan sebuah kucupan lembut di dahi, kemudian hulurkan segelas jus segar. Apa yang kamu lakukan ini akan membuatkan dia berasa kamu begitu romantik.

Tidak terburu-buru Straight to the point. Ini adalah sebahagian sikap lelaki yang digelar wanita sebagai sikap terburu-buru. Cubalah sesekali kamu mengikut rentak iramanya.

Biarpun ia hanya dicipta sewaktu zaman bercinta dahulu, hakikatnya wanita menginginkan pasangannya mengerti keinginan dirinya itu.

Cium dengan perlahan tanpa ada satu bahagian pun yang terlewat. Tanya kepada dirinya apakah yang dia mahu kamu lakukan untuknya lagi.

Jangan sesekali membawa sikap terburu-buru ke kamar tidur. Peluk, belai rambutnya, bisik bagaimana kamu terlalu mencintainya sebelum kamu berdua menikmati waktu malam yang indah.

Pastinya, pasangan kamu sentiasa menginginkan kamu mengulangi langkah sebegini setiap kali kamu bersama.

No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails